Selasa, 26 September 2017

Teman Ayah cabut gigi

Tadi saya teman ayah cabut gigi. Katanya dia rasa tak selesa lepas makan sebab sisa makanan asyik terlekat di gigi selepas makan.

Kami ke sebuah klinik gigi di pekan. Klinik itu terletak di atas sebuah kedai yang menjual aksesori remaja, berhadapan dengan kedai runcit pak ali, di tengah pekan. Di atas kedai runcit saya lihat ada sebuah gim, ia baru lagi saya syak atau saya yang sudah lama tak ke pekan.

Sudah ada dua tiga gim di pekan. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba ramai yang nak main gim sekarang.

Kami sampai awal dan klinik itu masih ditutup kerana waktu rehat. 

Kami berpusing-pusing dahulu di sekitar situ. Bila dibuka kami masuk dan kami pelanggan yang pertama. Ayah daftar di kaunter. Saya terus duduk di kerusi. Ayah dipanggil masuk ke bilik 2. Dia keluar semula sambil memegang kapas. Saya tanya dan dia jawab, dia dibius. Dicucuk di langit mulut. Tentu sakit saya rasa. 

Kemudian dia masuk semula ke bilik 2. Beberapa ketika kemudian dia keluar memegang kapas dalam mulut. Dia sudah selesai mencabut gigi. Sebatang berharga 80 ringgit.

Kami turun ke bawah. Saya beritahu saya nak beli 100 plus di mini market di hujung bangunan kerana saya merasa tak sedap badan dan selesema. Saya ke sana dan tidak menjumpai 100 plus, jadi saya beli tepung dadih segera berperisa vanilla.

Saya ke kedai pak ali membeli 100 plus botol besar.

Kemudian kami ke rumah mak lang saya. Dia sedikit uzur sekarang. Ayah memberinya ayam rebus dan sup kepada mak lang. Ianya telah diubatkan. 

Dalam perjalanan pulang kami singgah di fresh mart, membeli barang dapur. Hujung minggu ni akan diadakan majlis bacaan yasin sempena adik-adik yang akan menduduki exam. 

Kami singgah juga di sungai limau untuk membeli pisang goreng cheese yang terbaiiikkk in the hood. Peh sedap betul pisang goreng cheese coklat tu. Sekotak 5 ringgit. Mungkin ada lebih kurang 12 ketul dalam tu. 

Memang sedap. Bila kami sampai rumah ada tempat yang dituruni hujan dan ada yang tidak. Saya nampak ini melalui jalan raya yang kering. Kami sampai di rumah dan hujan turun selebatnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan