Khamis, 13 Mei 2021

Hari Raya Aidilfitri 2021

Hari Raya 2021 jatuh pada 13 Mei 2021. Aku beraya di Selangor lagi seperti tahun lepas. Hari raya kali ini disambut di dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Sebabnya kes covid pandemik masih lagi banyak.

PKP di 6 daerah di Selangor berkuatkuasa 6 Mei sehingga 17 Mei 2021 telah dikeluarkan pada 4 Mei 2021. Ini melibatkan Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang. Pada hari 4 Mei juga diumumkan tidak boleh merentas negeri dan daerah di 6 daerah Selangor ini kecuali atas urusan penting.

Kemudian pada 5 Mei pula diumumkan PKP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 7 Mei hingga 20 Mei 2021.

5 Mei juga diumumkan dine-in di kedai makan juga tidak dibenarkan di kawasan PKP mengikut tarikhnya masing-masing.

8 Mei diumumkan larangan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran pdrm di seluruh negara. Pada hari ini juga diumumkan penutupan bazar ramadan & bazar aidilfitri di kawasan PKP bermula pada 10 Mei.

10 Mei kerajaan mengumumkan PKP di seluruh negara. Kaedah pemakluman ini ialah dengan cara upload di sosial media MKN.

Poster SOP raya 2021 oleh MKN Malaysia.
 

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang SOP dan pengumuman yang berkaitan.

12 Mei

Pada hari terakhir puasa aku berbuka puasa di rumah kemal dan biha. Aku keluar untuk ke rumah mereka agak lewat petang sekitar pukul 5. Keadaan ketika itu agak mendung aku lihat di kejauhan.

Aku ke pasaraya NSK dulu kerana biha ada mengirimkan suruh beli lengkuas dan daun kunyit. Aku hanya temui lengkuas dan tidak daun kunyit. Sebelum masuk ke NSK, aku hendak pergi beli ayam Texas Chicken untuk dibuat berbuka puasa tetapi dari luar kedai itu aku dah boleh lihat berapa ramai orang yang sedang menunggu di dalamnya.

Ketika aku nak membayar di NSK orang agak ramai, membeli-belah kelengkapan masakan dan makanan raya pada last minute. 

Kemudian aku ke kedai acheh yang terletak di depan rumah kemal. Di kedai acheh boleh dikatakan barang basah dan mentah sudah habis. Ada beberapa orang yang seperti aku, melilau mencari barang saat akhir.

Aku jumpa kemal di depan pintu rumah, dia baru nak keluar rumah untuk membuang sampah dan pergi ambil ayam perap di rumah heri. Kemudian kami turun bersama ke rumah heri. Heri tiada di rumah dan telah meninggalkan kunci rumahnya untuk aku mengambil ayam perap itu.

Ayam perap itu masih keras dan pada waktu itu sudah pukul 6 lebih. Jadi biha goreng ayam lain dulu yang boleh dimasak lebih cepat. Kami berbuka dengan juadah yang simple pada hari terakhir puasa itu. Kemal masak signature dish kobis gorengnya... yang dah banyak kali aku makan. Haha.

Lepas makan kami lepak2 sambil tengok tv. Pada pukul 9 malam aku tonton filem seram Pusaka di astro citra. Best jugak filem tu. Kemal sambil menumbuk kacang yang telah digoreng di depan tv. Mereka nak buat kuah kacang malam ni. Biha ikut resepi di youtube limau nipis sebelum bertukar ke resepi che nom. 

Malam itu bunyi mercun memang dahsyat. Di bawah rumah kemal ada sebuah padang bola yang besar. Di situlah salah satu sumber bunyi mercun itu. Di laman twitter beberapa hari terakhir ramadhan kali ini, dipenuhi dengan tweet perang palestin dan israel yang sedang berlangsung ketika itu.

Budak2 muda dan remaja banyak melepak di bawah pangsapuri tu. aku bergerak balik sekitar 11.30 malam. Sebelum aku keluar palang automatik pangsapuri, ternampak sebuah kereta peronda polis jenis honda ketam yang tidak berbunyi dan tidak menyalakan lampu biru. Seorang polis yang berkasut but kelihatan sedang mula berlari ke arah padang, tempat bunyi mercun sedang meletus kuat. Aku terus pulang ke rumah.

Di rumah sewa, aku bertemu din, rakan serumah. Dia balik sekitar pukul 1 pagi. Dia baru balik dari meniaga lemang. 2 batang lemang di bawa balik, 1 besar 1 kecil. Yang kecil itu yang aku telah tempah dengan dia. Kami bersembang-sembang sikit. Aku tidur sekitar 2 pagi.


13 Mei

Aku terbangun awal pagi. Agak pelik sebab tak macam tahun lepas. Aku tahu din ada kat biliknya so tak rasa macam alone sangat tahun ni. Lagipun semua orang tak boleh pergi ke mana-mana tahun ni. 

Dalam 7 lebih aku dah bangun sambil2 scroll instagram di henset. Satu notifikasi insta naik dari akaun yang gua folo. Bath body works ada sale body mist rm38 daripada rm85. Aku tau aku kena beli. Haha. Mula2 ingatkan sale dekat store tapi rupanya di online. Aku terus bangun dan hidupkan PC. 

Aku daftar akaun, masukkan alamat dan add to cart 4 botol. Tapi bila nak check out tak boleh. Mula2 4 botol tu, 2 botol perfume biasa, 2 botol perfume jenis baru macam seasonal gitu. Lepas tu tengok 1 botol yang jenis biasa tu dah out of stock. Tak sangka pulak ada ramai yang tengah nak beli juga pagi raya tu, ada yang macam aku jugak. Haha. Aku tak boleh nak check out sebab payment gateway yang nak pilih ke bank melalui fpx tu tak timbul. Tiga empat kali juga aku try tapi tak boleh. Kemudian aku cuba di browser lain pula iaitu browser Brave. Sebelum tu aku guna chrome. Di Brave aku boleh nak checkout. Tapi 1 botol yang jenis biasa pun dah OOS (out of stock). Jadi akhirnya aku check out dengan 4 botol juga. 3 jenis seasonal flavor, 1 jenis yang biasa kut, sebab aku tak sure sangat yang tu. Harap2 baunya semua kenalah dengan taste hidung gua.

Dalam pukul 9 pagi gua nampak din. Kemudian dia dah bersiap-siap pakai baju melayu kaler merah. Merah macam warna motornya juga. Dia nak pergi beraya ke rumah kakaknya. 

Salah satu berita menarik yang berkaitan hari raya 2021.

Kredit berita dan gambar: https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/solat-aidilfitri-di-pekarangan-rumah/


Aku mandi sekitar pukul 10 pagi. Lepas tu aku video call dengan family di kampung. Mak nampak macam nak menangis sikit2 tapi macam boleh kawal lagi. Tahun lepas pun gua tak balik jugak.

Raya di kampung pun tak boleh meriah sangat kali ini. Semua duduk rumah je dan hanya boleh melawat yang dekat2.

Lepas habis video call, masa tu aku agak lapar kerna belum makan apa-apa lagi. Aku buka hamper raya yang diberi syarikatku. Hamper tu ada di ruang tamu rumah, (aku tak tau kenapa kena bagitahu info ini). Ada satu kordial mangga di puncak paling atas. Aku bawa kordial mangga itu dan lemang kecil, beraya ke rumah kemal. 

Sampai di rumah kemal gua terus sama2 melantak nasi impit kuah kacang+ayam goreng. Ketika masak semalam, sebelah kuali kuah kacang, sebelum kuali ayam goreng, kemudian dua tu dicampurkan. Bagi gua resepi ni macam agak unfamiliar, tapi okay je bila makan. Mungkin gua lapar jugak kut di pagi raya itu.

Dalam tengah hari sikit ada budak2 kecil rumah depan dan tepi datang beraya di rumah kemal. Aku pun layanlah sekejap walaupun masa tu aku tengah menonton Hellboy 2 The Golden Army dekat tv.

Lepas budak2 tu balik sambil tengok filem Fracture lakonan anthony hopkins dan ryan gosling di cinemax diikuti filem zombi kampung pisang di citra. Semua barai depan tv. Petang sekitar asar, ada budak2 yang ketuk pintu untuk beraya tapi kami senyap je dalam rumah tak buka pintu. Hahaha. 

Sekitar 6.30 petang biha goreng ayam perap yang kami ambil di rumah heri. Ayam tu aku dan heri beli di giant untuk berbuka puasa. Tapi nampaknya some of our plan tak jadi but its okay la.

Kemudian makan nasi lauk ayam tu dalam pukul 8-9 malam. Sambung tengok tv sepahtu reunion live raya. Pukul 10 malam aku balik ke rumah. Begitulah cerita raya kali ni.

Oh tak lupa juga kes covid pandemik pada hari raya pertama ini ialah sebanyak 4855 kes baru. Semoga covid pandemik ini akan berakhir dengan segera dengan hendaknya. 

Rujukan dan kredit gambar:  

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157924242076237


Tiada ulasan:

Catat Ulasan